HUKUM BERPAKAIAN
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana
pakaian sopan danmenutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.ISLAM
tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah
atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itumestilah bersih,
menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.Di dalam Islam ada
garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita)
yaitu:
1. Menutup aurat
aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga
ke lutut. Auratwanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak
tangan dantapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu
adalah aurat."(Bukhari)
2. Tidak
menampakkan tubuh
pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak
memenuhi syaratmenutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit,
malah bolehmerangsang nafsu orang yang melihatnya.Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah,
satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembuyang digunakan bagi memukul
manusia dan satu golongan lagi wanita yangmemakai pakaian tetapi telanjang dan
meliuk-liukkan badan juga kepalanyaseperti bonggol unta yang tunduk.Mereka
tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bausyurga itu dapat
dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)
3. Pakaian tidak
ketat
Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan
4. Tidak
menimbulkan riak
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang
melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan
memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud:"Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah
akanmemberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu
Daud, an- Nasa'iy dan Ibnu Majah)
5. Lelaki, wanita
berbeza
Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh
dipakai olehwanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini
dengantegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang
meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap
perempuan."(Bukhari dan Muslim)Baginda juga bersabda bermaksud:
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita danwanita berpakaian lelaki."
?(Abu Daud dan Al-Hakim)
6. .Larangan pakai sutera
Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang
yangmemakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq
'alaih)
7..Melabuhkan pakaian
Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai
kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan
juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah)
isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman,
supaya merekamelabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan
yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalahMaha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)
8. Memilih warna sesuai
Contohnya warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak
bersih danwarna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW.
Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,
dan kafankanmayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)
9. Larangan memakai emas
Termasuk dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah
barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.Bentuk
perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hariini ramai
antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada
yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan
dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum
lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan(memakainya) kepada wanita."
10. Mulakan sebelah kanan
Apabila memakai baju,
seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan.Imam Muslim meriwayatkan
daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullahsuka sebelah kanan dalam
segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kakidan bersuci."Apabila
memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelahkanan dan apabila menanggalkannya,
mulakan dengan sebelah kiri.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila
seseorang memakai kasut,mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila
menanggalkannya, mulakan dengansebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang
pertama memakai kasut dan yangterakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).
11. Selepas beli pakaian
Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang
diriwayatkanoleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:"Ya Allah, segala
puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, akumemohon kebaikannya dan
kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada
kejahatannya dan kejahatan apa-apa yangdiperbuat untuknya. Demikian itu telah
datang daripada Rasulullah".
12. Berdoa
Ketika menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian
kepada Allah yangmengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat
mengindahkan diridalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan
melainkan Dia."Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai
pakaian yang sesuaimenurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang
sopan danmenutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar. (http://dena-alfiana.blogspot.com/)
Komentar
Posting Komentar