Iktibar dari pelarian Rohingya
UMAT Islam di Malaysia seharusnya memandang serius
terhadap permasalahan yang berlaku yang melibatkan saudara seagama
mereka di dalam mahupun di luar negara.
Sedang mereka hari ini bergembira dengan kehidupan mereka, namun adakah mereka sedar bahawasanya saudara seagama mereka kini sedang melalui ujian yang teramat perit.
Mereka kini berhempas pulas menyelamatkan diri dari penindasan yang berlaku di negara mereka iaitu Myanmar. Mereka juga sedang menahan kelaparan dan kesakitan kerana kurangnya bekalan makan dan juga ubat-ubatan.
Mereka yang dimaksudkan di sini adalah pelarian Rohingya yang kini berada di perairan laut Andaman menuju ke arah Selat Melaka.
Dari dulu lagi, etnik Rohingya ini telah ditindas. Menurut Amnesty International, Junta tentera Myanmar telah terus menerus memberikan tekanan kepada orang rohingya sejak dari tahun 1978 lagi.
Akibatnya, ramai telah melarikan diri ke negara jiran yang berdekatan seperti Bangladesh.
Menurut Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Facebook beliau, beliau menyatakan bahawasanya kerajaan amat prihatin akan nasib yang menimpa pendatang di rantau ini.
Menerusi akuan Facebook beliau juga, Najib Razak menggesa Kementerian Luar Negeri dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan yang perlu untuk menangani krisis kemanusiaan ini. Ini adalah kerana isu ini melibatkan serantau dan antarabangsa.
Beliau juga menyatakan bahawasanya Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.
Kerajaan juga akan mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Berdasarkan situasi di atas dapat kita gambarkan keprihatinan Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan dalam membantu umat Islam yang ditindas walaupun berlainan bangsa dan negara. Seharusnya negara-negara lain mencontohi sikap pemimpin negara kita khususnya pemimpin negara Islam.
Berdasarkan peristiwa pelarian Rohingya ini, umat Islam hendaklah mengambil beberapa iktibar untuk dijadikan panduan hidup mereka agar peristiwa ini tidak menimpa ke atas diri mereka khususnya umat Islam yang berada di Malaysia.
Pertama, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mensyukuri akan nikmat keharmonian yang wujud di negara kita sejak bertahun lamanya walaupun pada dasarnya kita berbilang bangsa dan agama.
Setiap penganut agama di negara adalah bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama yang mereka anuti seperti mana yang termaktub dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Kedua, umat Islam di negara ini perlulah bersatu teguh dan mengelakkan segala perpecahan yang kemudiannya boleh mengecam keharmonian negara yang kita cintai ini.
Seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah”. Ayat ini jelas menunjukkan bahawasanya Islam menyeru umatnya agar bersatu padu dan tidak berpecah-belah.
Ketiga, umat Islam hendaklah mengasihani sesama mereka walaupun tidak mengenali antara satu sama lain seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bemaksud “Tidaklah beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam diseru untuk mengasihi sesama mereka.
Selain itu, umat Islam di Malaysia juga perlu mengambil iktibar dari krisis-krisis yang berlaku seperti krisis yang berlaku di negara timur tengah seperti di Syria yang kini telah memusnahkan negara mereka yang pada awalnya telah membangun dengan ketamadunan yang hebat sebelum ini.
Akibat dari krisis ini, negara mereka menjadi kucar kacir dan tidak aman.
Selain itu, umat Islam seharusnya bijak menilai yang mana satu perkara yang akan membawa kesan yang baik dan yang mana satu yang akan membawa kesan yang buruk terhadap diri mereka.
Sesungguhnya ALLAH SWT telah memberikan kita akal fikiran untuk berfikir seperti mana Allah telah mengulangi ayat “Apakah kamu tidak berfikir” di dalam al-Quran sebanyak 20 kali.
Justeru itu, marilah sama-sama kita menginsafi diri dan mula mensyukuri akan segala nikmat yang diberikan Allah termasuklah nikmat sihat, harta, ilmu, iman, dan sebagainya. Sesungguhnya keharmonian itu amat bernilai harganya dan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.
MUHAMAD EFFENDI ABD RAHIM
Alor Gajah, Melaka

Komentar
Posting Komentar